Monday, June 22, 2009

:. CinTa .:

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita. Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu. Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka.. Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya. Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari. Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi. Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi. Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan.. Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati. Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu - Raja Pedang Deir.. Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu. Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya. Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa. Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan. Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam , tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing. Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu. Tak usahlah menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu.. Cinta adalah keabadian...dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami. Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan. Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta ! Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya. Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya. Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya. Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh. Cinta ibarat pasu antik, ia sukar ditemui, sukar diperolehi tapi mudah untuk jatuh berderai
Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.


Thursday, June 11, 2009

:. REMAJA .:






Remaja.. ah..sumer dah berlalu.. aku semakin jauh meninggalkan zaman remajaku.. semakin usia meningkat ke zaman dewasa.. semakin rindu dengan zaman remaja.. ish..ish..penuh pancaroba.. aku bukan lahir dari keluarga yg kaya raya..dan xjuga dlm golongn susah..senang cakap..SEDERHANA..serba sederhana..adik bradik aku ramai..kekadang org terkejut..mcmner abah leh besrkan kami 11 beradik dengna smpurna..kire xde r spai xmakan..lg dilimpahi dgn sedikit kemewahan..dulu abah garang..mak pulak baik hati..tp wlu segarang abah pun, abh xpenah naik tgn..inikan nak rotan..hai..tu zaman kanak2..bile da jd remaja, aku terus keluar dr rumah..hidup berdikari..tnpe pengawasan mak n abah ar..sumtimes mmg happy..aku pelik..knpe org rindu kt parents dorg..sedgkan aku??entah ar..tp bile aku da hidup berdikari..aku semakin phm knpe..sbb tu yg aku lalui..biler jumpe dorg..aku rse nk peluk cium..tp, mak n abh xpnh biasekan mcmtuh..so, aku jd segan..even rindupun, juz tgk muke n dgr suare pun da memadai..bertahun aku hidp tnpe pengawasan dorg dpn mata..tp aku xgunekan kebebasan yg ade utk aku amik DADAH ke..papejelah..aku phm perasaan dorg..pent mencari rezeki utk aku..bia aku hidup dengn pelajaran..
bile aku da besr..da masuk kolej..aku blaja utk mengenali dunia insan lain..yg mmg lain dr family aku..1st aku kenl, kak aida,kak ayu,fara,ayang,eila n priya..dorg ar sahabat sush n seng mase di YAYASAN PELAJARAN JOHOR!!gembire dpt kenl dor..baik hati..ajar aku erti KAWAN yg sebenar..pas g YPJ, aku tukar ke PTPL.. kt ctu aku kenal fiefa,nurul,nana,maz,lily..dorg baik ngn aku..bayk ajr aku mcmner nk wt assignment..den last skali baru aku kenl alin,aida,angah n lia..aku paling rapat ngn alin..dier ar adik aku..tmpt aku meluah rase,perasaan..terlalu byk kenangan yg aku cipta bersama dorg..aku bersyukur sbb aku kenl dorg yg wat aku boleh lulus dlm diploma aku..hehe..
i miz all of dats!!!terlalu rindu..indahnyer zamn remaja..yg xpenah tau erti sush..klu d beri peluang..aku nk balik semule ke zaman sekolah menengah..sbb...kawan2 sekolah menengah yg byk lalui sush n senang bersama..dr kecik aku hidp bersama dorg..spai ar skg..aku nk bersame ngn dorg spai tua..
thanks to my beloved fwenz CHUBB n LADY, PUTEH, LEEZ, WATIE N MIESAH..KORG mmg kawan sejati aku!!...korg sume mmg best giler!!! n bebudak SMKTM!!

:.KALI TERAKHIRKU LIHAT WAJAHMU.:

"Dalam dakapan senja
Kurenungi sinar matamu
Berat rasa melepaskan
Dikau pergi

Dingin hembusan bayu
Lemah longlai langkah kakimu
Lambaianmu kian jauh
Dari mata

Malangnya...
Bencana menimpa
Kau telah pergi untuk selamanya
Tak kembali

Pada saat terakhir
Kumelihat paras wajahmu
Kau bisikkan hanya sayang
Kepadaku... "

*****************************************

uish...lagu yg menyentuh jiwe n raga..mmg tangkap lentok abis siot..lagu nih..mungkin lagu nih byk menyentuh hati n prasaan aku..sumone yg buat aku insaf adlah ma late grndfather..dier da pegi tggl 16 August 2008..huhu..sedih giler..hanyer tuhan jew yg tau prasaan aku time tuh..mmg ar aku nih bukan cucu yg baik..tp bg aku..tanpe dier aku rase kehilangan besr..dier baik sgt..n pramah yg amat sgt..imam kampungkan?? aku terkilan cuz saat2 akhir aku xdpt nak tgk wajah suci dier!!!!!

Hari tuh, adlah hari nabi naik ke langit..atok pun same..perjalanan ke kmpg mengambil mase 2jam 30 minit...aku terpakse tggu adik aku balik dr kuantan, pukul brape plak nk gerakkan..mak dah balik kmpng dulu..aku mmg xbg dier tggu aku..xpe..aku da besar..leh bwk sndiri...bile adik aku spai je..aku teruskan perjalanan..5org skali naik..viva aku 850 jer..tp xpe..jnji spai..n aku sebgi seorg akak ni, bertnggungjawb utk mmbawe adk2 aku pulg ke kampng...dlm perjlnan sedih menyelubungi diri..tp aku akui lg..dah abis 140km/j dah aku bwk..seb bek xmlambung kete aku..da masuk kwsn,hati da lege..

ttbe dpt panggilan dr mak..dlm hati aku mengucap panjang..knpe mak call???rupenyer mak kate, xpyh g hspital..atok da ok..ok r..lege rase hati..aku meneruskan perjalanan..tp niat di hati nk gak terus ke hospital nak dok ctu gak..aku da bwk selajunyer da nih utk spai ke jambatan muar..lg 20 minit nk sapi ke jambatan..dpt lg panggilan dr mak..'atok da tak de!!'...ayat tu simple..tp mengundang tangisan pd kami adik beradik..wlupun xmeraung, tp kemerahan di mate sudh cukp membuktikannyer...sedih..hibe..pilu...kami terus meratapi kesedihan..n meneruskan perjalan ke kmpg...

atok....kali terakhir ku lihatmu, pd majlis pertunangan zurai...sedihnyer aku..di majlis pertunangan aku hanye atok mak je yg menemani aku...sedih...

biler aku pulg ke kmpg, aku xkn miz utk menjengah pusara atok..atok adalah atok yg terbaik!!!

cucumu.......al-fatihah...

Related Posts with Thumbnails
 
template by suckmylolly.com